Tahun ini pokok2 buah aku semuanya menjadi. Pokok mangga epal,mangga madu dan jambu aku berbuah dengan lebatnya. Jambu dah boleh dikutip buahnya. Manakala mangga pula dalam 2 minggu lagi bolehlah dipetik. Ada yang dah masak dan dah dimakan pun, manissss......Kalau teringin nak makan bolehlah datang rumah.
Tuesday, August 25, 2009
Thursday, August 6, 2009
Selamat Harijadi Izza
Hari ini Khamis 6/8 bersamaan 15 Syaaban genaplah usia Izza 8 tahun. Seperti biasa untuk meraikan hari lahir anak2ku aku akan membelikan sebiji kek untuk mereka supaya mereka tahu aku menyayangi dan mengingati hari lahir mereka. Walaupun kek itu kecil sahaja tapi dari raut wajah Izza aku dapat rasakan dia cukup gembira. Selamat Hari jadi Izza....


Anak-anakku bersama kek Izza
Subscribe to:
Posts (Atom)