Dah puas beraya dekat rumah orang teringin pulaklah nak beraya di tepi pantai. Aku seperti biasa tak suka sangat nak mandi laut ni jadi kerja aku tangkap gambarlah.
Sunday, October 11, 2009
Open House
Di Malaysia ni open house dah synoname dengan Hari Raya AidilFitri. Aku pun selalu jugak buat open house ni, bukannya apa cuma untuk merayakan keluarga dan kawan-kawan aje.
Beraya di Taiping
Hari Raya Ketiga pergi beraya dirumah Mak Cu dan Pak Ngah suamiku di Taiping. Dirumah Pak Ngah Abang dapat jumpa dengan "Inspektor Asraf" polis Gerak Khas. Dia anak Pak Ngah yang bongsu. Anak -anak aku tersangatlah gembiranya dapat bergambar dengan pelakon siri kegemaran mereka. Aku pun tumpang gembira......Selepas itu kami pergi kenduri anak buah Mak A dan Mak B di Jalan Terung Changkat Jering
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Hari Raya datang lagi. Tahun ini aku dapat beraya dengan suamiku kerana dia sudah pulang ke tanah air dan project di Qatar sudah siap. Pada pagi raya sebelum solat Aidilfitri kami bersarapan dahulu. Selesai sarapan kami berangkat menunaikan solat Aidilfitri. Habis solat kami pun berangkat ke Kg Pandan untuk beraya bersama ibu dan keluargaku yang lain.
Anak-anakku bergambar dirumah sebelum beraya di Kg Pandan
Tengah sibuk kutip duit raya
Ibuku masih tak boleh jalan lagi
Abgku Nasir, Pak Kerol n Abg Mail dukung anak buah@cucu buah
Ibuku masih tak boleh jalan lagi
Abgku Nasir, Pak Kerol n Abg Mail dukung anak buah@cucu buah
Subscribe to:
Posts (Atom)