Tuesday, December 9, 2008

Ibu dan keluargaku

Sebahagian dari keluargaku di Hari Raya, aku ambil dibingkai gambar lama di rumah Puchong
Keluarga abangku Ghazali

Anak-anak buahku(anak kpd abangku Malik)


Kakakku Jamaliah dan ibuku Keluarga abangku Nasir





Keluarga kakakku Jamaliah




Keluarga adikku Hamzah





Ibuku bernama Hajah Saleha binti Haji Mohd. Ali. Umur ibuku 76 tahun. Aku mempunyai 12 orang adik beradik.Abangku yang pertama bernama Abdul Rahman,yg kedua kakakku Ummi Kalsom, ketiga kakakku Norhanim,keempat kakakku Jamaliah,kelima kakakku Norhayati,keenam abangku Abdul Malik,ketujuh kakakku Khamsiah,kelapan abangku Nasiruddin,kesembilan abangku Ghazali,kesepuluh itulah aku,kesebelas adik perempuan Rafidah dan adikku yg bongsu Hamzah. Sungguh besarnya familiku ya....

Monday, December 8, 2008

Anak-anakku

Setelah 12 tahun berkahwin aku dikurniakan 6 orang anak.
Anak pertamaku Muhammad Farhan dilahirkan pada 21hb. Julai 1997
Anak yg kedua Maryam Farisah dilahirkan tanggal 24hb. Desember 1998.
Anak yg ketiga Maryam Farzana dilahirkan pada malam 25hb. April 2000.
Anak yg keempat Maryam Izzati dilahirkan pada pagi 6hb. August 2001.
Anak yg kelima Muhammad Firdaus dilahirkan pada pagi 6hb. February 2003.
Anak yg keenam Muhammad Irfan dilahirkan pada pagi 11hb. April 2006 bersamaan Maulidur Rasul, sebab itulah kakakku memanggil dia Maulud.

Familyku di hari Raya


Aku dan anak-anakku semuanya berbaju ungu ditangkap masa Hari Raya Puasa. Dari kiri Izzati, aku, anak bongsuku Irfan(kesiannya dia masa gambar ini ditangkap dia terkena penyakit gatal2, Eisya, Firdaus, Along dan Ana yg duduk tu

AlKisah Maka Tersebutlah Rentetan Hidup ku ......

Sebenarnya aku sudah lama ingin mempunyai blog sendiri namun baru kini aku berjaya mempunyai blog sendiri itupun atas jasa baik rakan sekerjaku menolongku membina blog ini. Tujuan utama aku menulis blog ini adalah supaya suamiku dan abangku yg berada di perantauan dapat mengetahui perkembangan ku di sini disamping mungkin mendapat teman2
yg mungkin mengikuti blogku, hehehe itupun kalau ada le......

Tanggal 23 May 1967 aku dilahirkan di Jalan Kolam Air Grik Perak.Bapaku bernama Abdul Aziz dan ibuku Saleha Hj Ali. Aku dibesarkan di sini sehingga 1974. Aku bersekolah di Sekolah Kebangsaan Grik Perak selama lebih kurang satu bulan kerana aku terpaksa bersekolah disini kerana telah didaftarkan di sini walaupun ibubapa aku telah berhijrah ke Kuala Lumpur.

Setelah sebulan bersekolah disini aku berpindah ke Kuala Lumpur dan bersekolah di Sekolah Kebangsaan Kampung Pandan dari tahun 1974 hingga 1979. Kemudian aku menyambung pelajaran di Sekolah Menengah Puteri Jaya selama 3 tahun dari 1980 hingga 1982. Selepas sijil Rendah Pelajaran Malaysia aku meneruskan pelajaranku di Sekolah Aminuddin Baki Jln Kampung Pandan selama 2 tahun.

Sementara menunggu keputusan periksa SPM aku bekerja sebagai server di kantin kilang Texas Intruments dan kemudian bekerja di Motorola(m) sdn. bhd. Setelah keputusan peperiksaan keluar aku mendapat Gred 2 namun aku sudah tidak mahu meneruskan pelajaran dan terus bekerja di Motorola walaupun bapaku meminta supaya aku meneruskan pelajaran saya namun aku sudah seronok untuk bekerja sebagai operator pengeluaran.

Pada tahun 1986 keluargaku berpindah ke Flat Sri Sabah kerana setinggan kami di Kg Pandan telah dirobohkan. Pada tahun 9 Jan 1989 bapa kesayanganku telah kembali ke rahmatulah dan telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Cheras. Pada tahun 1990 aku telah berpindah ke Sri Muda kerana abangku telah menyewa rumah di Jln 25/102 Taman Sri Muda tapi no. rumah dia dah terlupalah pulok. Pernah pada hari pertama aku berpindah disini dan pd waktu itu aku bekerja shift malam aku sudah tersalah turun bas di Pekan Sri Muda. Aku pada masa itu punyalah blur dan tak tahu nak buat apa hanya berjalan mengikut kaki aku, nak telepon masa tu tak da handphone dan telefon rumah lagi. Nasib baiklah abg dan kakak aku berjumpa dgn rakan India yg turun bas sama dgn aku di tempat yg aku sepatutnya turun. Akhirnya aku dijumpai oleh mereka dan trajedi ini bukannya ssdih lagi dah jadi kelakarlah pulak.

Berbalik kepada kerjayaku di Motorola selama 7 tahun akhirnya dengan izin Allah aku telah diberi peluang untuk menyambung pelajaranku dimana biayanya ditanggung oleh Motorola.
Project yg dianjurkan oleh Motorola ini adalah untuk menaik taraf pekerjanya dan projek ini dipanggil Projek Mahsuri. Saya telah diterima sebagai pelajar di Projek Mahsuri yang kedua. Saya telah berjaya menerima HND dan sekarang saya bekerja sebagai juruteknik di Motorola dan kini dikenali sebagai Freescale.

Pada awal tahun 1993 aku berpindah kembali ke Desa Pandan di block J5-04-07. Di sini aku bertemu jodoh yang diaturkan oleh abangku. Maka pada 27hb.October 1996 selamatlah aku dinikahkan dengan suamiku Nor Azman Azahari di Masjid Ar Rahimah. Pada 3hb. November majlis kenduri diadakan dirumah abangku di blok E8 Desa Pandan.

Tanggal 27hb.Oktober 2008 maka genaplah 12 tahun perkahwinanku maka bermulalah ceritaku di blog ini.............

Thursday, December 4, 2008

This Is Salbiah Space...

..THIS IS SALBIAH SPACE..