Tuesday, July 21, 2009

Selamat Harijadi Along

Hari ini tanggal 21 Julai 2009 genaplah umur Along 12 tahun. Along terlalu gembira untuk meraikan harijadinya sampai hari2 dia bertanya padaku bulan tujuh ni ada apa ya mak. Hari ini aku telah membelikan dia sebiji kek coklat(tak berapa besar sebab dah hujung bulan) tapi cukuplah untuk kami bertujuh. Aku bertanya padanya apa hadiah yang dia hendak, dan jawabnya apa-apa ajelah mak. Along memang anak aku yang tak banyak kerenah dan jarang nak meminta apa saja yang kita bagi dia akan terima. Tapi aku belum lagi beli hadiah untuk dia sebab almaklumlah belum gaji lagi . Nanti dah ada duit aku belilah dan hadiahnya 'rahsia'.......



Along bersama keknya sambil diperhatikan oleh adik-adiknya






Firdaus melawat Zoo Negara

Pada hari Jumaat Firdaus telah pergi melawat Zoo Negara bersama-sama guru dan kawan-kawan setadika dengannya. Selepas melawat Zoo Negara mereka telah dibawa makan di Mc Donald.
Firdaus bersama2 kawan-kawannya di dalam bas bersama belon Mc Donald
Bersama-sama guru tadika

Firdaus di Mc Donald

Bergambar ramai di depan Zoo Negara

Bergambar di depan Zoo Negara, terpaksa pakai face mask takut jangkitan H1N1


Ikan lumba-lumba tengah beraksi

Aksi hebat ikan lumba-lumba
Tengah menyaksikan singa tapi singanya Fir kata tak nak pandang dia....

Fir n kawan-kawannya tgh tengok harimau

Fir dalam keretapi bersama awek

Berbagai jualan di dalam zoo,Fir tak beli apa2 sebab tak da duit


Pemandangan di hadapan Zoo Negara lengang tak da orang

Fir dalam keretapi

Fir bersama kawan-kawannya