Monday, March 9, 2009

Maulidur Rasul dan Selamat Harijadi Irfan

Selamat Harijadi Irfan

Gembiranya Irfan tak sabar2 nak potong kek



Hari ini tanggal 12 Rabiul Awal adalah hari memperingati junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w dan pada hari ini juga pada tahun 1427 H lahirlah seorang bayi yang comel dan ianya pun dinamakan Muhammad Irfan (Maulud). Muhammad Irfan adalah anak keenam aku. Hari ni merupakan harijadinya yang ke 3. Aku membelikannya sebiji kek coklat dan kami anak beranak merayakan harijadi Irfan dekat Tiara Beach Resort.

Irfan dengan hadiah yang diberikan oleh Mak Lang atau Irfan panggil Balang

Irfan membuka hadiahnya


Sebiji kereta berwarna merah hadiah dari Mak Lang

Bercuti di Tiara Beach Resort

Bergambar bersama anak2 di sign board Tiara Beach Resort

Pada hari Sabtu 7hb Mac 2009 bersamaan dengan 10 RabiulAwal 1430H aku sekali lagi pergi bercuti di Tiara Beach Resort. Biasalah seperti biasa aku pergi dengan kakakku Memeng dan anak-anakku. Kami menyewa bilik D-3-33 selama 3 hari 2 malam dan bayaran yang dikenakan adalah sebanyak RM250. Aku hanya bayar RM125 aje sebab kongsi dgn kakak aku. Kalau dah bercuti di Tiara ni tiadalah lain aktiviti anak-anakku selain dari mandi. Bayangkan dari jam 8 pagi mereka turun mandi kul 1 tengahari baru naik, lepas makan kul 3 turun balik sampai kul 7ptg baru naik. Semuanya dah macam dodol kalau jumpa tepi jalan mesti orang ingat anak India hehehe....dan aku seperti biasa menghabiskan masa dgn hobi lama aku iaitu tidurrrrrr..........



Irfan tak padan dgn kecik dialah yg paling gembira
Irfan ditanam dgn pasir oleh kakak-kakaknya
Irfan, Eisya, Ana n Izza

Tengah asyik bermain pasir

Eisya menggelunsur di Gelunggur Badak

Gembiranya anak-anakku bermain gelungsur

Bermain di kolam kanak2

Ehhhhmm seronoknya
Irfan n Eisya tgh berposing

Eisya n Izza berposing