Tuesday, August 25, 2009

Pokok mangga dan jambu aku tengah lebat berbuah

Tahun ini pokok2 buah aku semuanya menjadi. Pokok mangga epal,mangga madu dan jambu aku berbuah dengan lebatnya. Jambu dah boleh dikutip buahnya. Manakala mangga pula dalam 2 minggu lagi bolehlah dipetik. Ada yang dah masak dan dah dimakan pun, manissss......Kalau teringin nak makan bolehlah datang rumah.

Mangga epal sedang membesar buahnya, manakala bunganya pun banyak juga
Mangga madu di luar pagar rumah

Tak dapat nak bungkus sebab kerengga terlalu banyak


Mangga madu lebat berbuah, kerengga pun banyak bersarang

Pokok ni paling banyak buahnya, tak lama lagi bolehlah dipetik
Tengoklah buahnya semua rendah2, irfan pun boleh petik

Buah yang yang sempat aku bungkus

Besarkan buahnya, kalau teringin boleh datang rumah
Jambu madu pun lebat berbuah

Buah jambu ni tak pernah putus buahnya.
Dalam tahun ni aje aku rasa dah 3 kali jambu ni berbuah

Thursday, August 6, 2009

Selamat Harijadi Izza

Hari ini Khamis 6/8 bersamaan 15 Syaaban genaplah usia Izza 8 tahun. Seperti biasa untuk meraikan hari lahir anak2ku aku akan membelikan sebiji kek untuk mereka supaya mereka tahu aku menyayangi dan mengingati hari lahir mereka. Walaupun kek itu kecil sahaja tapi dari raut wajah Izza aku dapat rasakan dia cukup gembira. Selamat Hari jadi Izza....


Anak-anakku bersama kek Izza
Semuanya gembira nak potong kek


Izza dan keknya, Eisya tumpang sibuk