Monday, February 23, 2009

Teringin nak makan bubur Assyura


Bubur Assyura versi kakakku

Sebenarnya aku memang dah lama teringin nak makan bubur assyura. Entah macamana satu hari tu aku cerita dengan kakak aku Memeng dan dia kata dia pandai buat. Pada hari Jumaat dia suruh aku beli bahan-bahannya dan hari Sabtu dia datang rumah aku dengan kakakku Tuntun. Pada hari Ahad acara untuk membuat bubur assyura dimulakan. Diantara bahan-bahan untuk membuatnya ialah kacang hijau, kacang merah, kacang kuda, kacang tanah, ubi keledek, ubi kayu, jagung, tepung beras, gula, garam dan santan. Lebih 3 jam jugalah untuk memasaknya.
Menurut apa yang diceritakan oleh kakakku pada zaman rasulullah dulu iaitu seingat aku kakakku kata 10 Muharram kerana kekurangan makanan baginda telah memerintahkan pengikutnya membawa segala jenis bijirin yang ada untuk dimasak bagi dibuat bubur untuk dimakan sebab tulah dipanggil bubur Assyura Kalau salah harap maaflah kerana aku pun dengar cerita orang dan belum pernah lagi terbaca kisah ini dibuku. Memang cetek ilmu betullah........ni kena belajar lagi ni.........



Menurut cerita lagi lain negeri lain pula bubur assyura ni. Bulan Muharram yang lepas makcik sebelah rumahku ada bagi aku bubur assyura tapi makcik ni punya bubur assyura macam bubur lambok. Emak Abang Razak punya bubur assyura pun lain juga dia punya ada berempah pulak. Sebenarnya versi untuk bubur assyura ni memanglah banyak tapi hanya 3 jenis rasa aje yang aku pernah makan. Dulu aku bayang bubur assyura ni macam buburlah tapi sebenarnya macam kuihlah pulok.........

Tuesday, February 10, 2009

Cuti 3 hari

Dalam masa cuti 3 hari ini banyak benda yg dapat ku lakukan. Aku telah menampal akuariumku dan akhirnya ia boleh digunakan semula tetapi aku tidak tahu berapa lama ianya boleh bertahan.



Akuariumku yg telah ditampal

Akuariumku yg telah siap

Setelah siap memasang kembali akuarium aku menanam pokok bunga dan menolong Eisya mengepam basikal.


Pokok bunga yang ku tanam, asalnya 1 kini menjadi 3 pokok

Eisya mengepam basikalnya
Pada hari Ahad kakakku Kham datang ke rumah dan aku pun meminta dia mengajarku membuat kuih dan aku telah belajar 3 jenis kuih. Kuih-kuih itu ialah agar-agar cendul, kek coklat kukus dan kuih serimuka.

Agar-agar cendul




Kek coklat kukus

Sunday, February 8, 2009

Puncak Run

Diantara bakal-bakal pelari negara sambil diperhatikan oleh Irfan,Izza, Aus n Ana



Pada 7/2/2009 sekolah anakku telah mengadakan larian 'Puncak Run',alah macam kita dulu dipanggil merentas desa.Bermula pukul 9.00 dan berakhir lebih kurang pukul 12 tengahari. Makanan dan minuman di sediakan di sekolah. Along dan Eisya pun mengambil bahagian tapi tak menang cuma dapat mata untuk rumah saja. Aku telah mengambil gambar mereka semasa mereka lalu di hadapan rumahku. Along dengan gayanya berlari dengan pantas... tu pun depan rumah aje lepas tu slow balik...... biasalahkan nak tunjuk macho...

Along dengan gayanya tengah berlari

Friday, February 6, 2009

Harijadi Firdaus yang keenam




Hari ini 6/2/2009 ialah harijadi Firdaus yang keenam. Aku telah membeli sebiji kek seberat 1kg dengan harga RM32 di kedai kek Hannah Bakery Puncak Alam. Kek ini berperisa vanilla. Yang paling seronok dan tak sabar-sabar nak potong kek ialah Irfan ngalahkan si birthday boy. Cuba lihat gelagatnya dibawah.


Semuanya sibuk nak hembus lilin kat kek tu sampai Firdaus sendiri tak dapat nak tiup lilin hingga pendeklah lilin tu dibuatnya.

Wednesday, February 4, 2009

Akuariumku pecah

Retak yang sepanjang 4 kaki di tapak akuarium

Malam 3hb. selepas selesai mengemaskan semua baju sekolah dan barang-barang keperluan anak-anakku untuk ke Taska kerana esoknya 4/2 aku akan memulakan tugasku setelah lama bercuti selama 11 hari, aku pun hendak tidur lebih kurang pukul 12 lebih. Tiba-tiba aku terdengar seperti bunyi hujan diluar. Hati aku tak sedap dan menyelak langsir untuk memastikan hari hujan tapi ku lihat cuaca diluar tiada hujan. Aku bangun lalu membuka pintu lalu aku mendapati air dari akuariumku melimpah keluar. Oh!!! akuariumku bocor rupanya. Tanpa membuang masa aku pun menyelamatkan ikan-ikanku dan memasukkannya didalam baldi. Kerana hari dah lewat malam selepas semua ikan-ikan dapat diselamatkan aku tanpa sempat memeriksa kebocoran akuarium almaklumlah dah pukul 12 tghmalam seramlah pulok aku menyambung tidurku.

Esoknya ditempat kerja aku bertanya dengan kawan-kawanku bagaimana caranya untuk menampal akuariumku kerana sangkaku cuma bocor di tepi sahaja dan menurut mereka aku boleh menampalnya dengan silicon rubber. Petang selepas pulang dari kerja aku singgah di kedai hardware lalu membelinya. Sampai dirumah aku membersihkan akuariumku dan barulah kunampak rupa-rupanya ada retak yang panjang di akuarium. Jadi aku tidak dapat meneruskan kerja menampalnya kerana banyak yg retak dan mengambil masa. Mungkin hujung minggu ni baru aku boleh membaikinya........

Lawatan ke Melaka 31/1-1/2

Anak-anakku di Jeti Cruise Sungai Melaka
Aku bersama-anakku bergambar di Kincir air

Aku, Along,Izza n Fir di Kincir Air Kesultanan Melayu Melaka


Ana bergambar dekat beca di Bandar Hilir

Aku dan anak-anak bergambar bersama gajah di Zoo Melaka

Irfan di taman bunga Melaka

Kakak dan anak-anakku di jeti Cruise Melaka

Along,Eisya,Ana bergambar di replika kereta lembu


Anak-anakku bergambar di keretapi lama
Aku dan anak-anak bergambar di Zoo Melaka


Pada 31/1/09 bersamaan hari Sabtu aku dan kakakku telah pergi ke Air Keroh Melaka. Aku berjanji untuk menjemput kakakku di Bandar Kinrara selepas subuh tapi biasalah janji melayu pukul 8.30 baru sampai, selepas subuhlah tu.....Sesampai di Bandar Kinrara muncung kakakku dah panjang sejengkal almaklumlah kakakku ini kalau kita nak datang rumah dia 2 jam sebelum tu dia dah tunggu kat luar rumah......

Lebih kurang pukul 12 tengahari kami sampai di Air Keroh dan kami terus mencari tempat penginapan dan kebetulan ternampak Hotel Seri Malaysia dan menurut kakakku harga hotel ini berpatutan kerana dia biasa ke Hotel Seri Malaysia pada masa dia bekerja dulu. Nasib kami baik kerana banyak bilik yg masih kosong. Kami menempah family room dan harganya RM199 tapi oleh kerana kakakku pesara kakitangan kerajaan kami mendapat diskaun 10% dan kini harganya hanya RM180 termasuk breakfast tapi hanya untuk 3 orang sahaja. Nombor bilik kami 331 dan alamat hotel Seri Malaysia ialah:

HOTEL SERI MALAYSIA MELAKA
Lebuh Ayer Keroh75450 Melaka Bandaraya Bersejarah
Tel : 06 – 2328460 Fax : 06 – 2328470

Olehkerana jam baru pukul 12 tengahari dan waktu check in pukul 3 so kami pun jalan-jalan di Bandar Hilir Melaka. Kami melawat di Dataran Pahlawan dan bangunan-bangunan lama di sini.
Mula-mula kami nak menaiki cruise melalui Sungai Melaka untuk mengelilingi Bandar Melaka namun kerana pada waktu kami tiba perkhidmatan berhenti rehat so tak jadilah kami menaikinya. Tak larat nak tunggu sampai pukul 2 ptg. baru perkhidmatan di sambung kembali.
Setelah puas mengambil gambar di bandar Hilir ini kami ke Jusco Air Keroh untuk membeli kudap-kudap. Seratus lebih jugaklah duit aku melayang membeli kudap-kudap untuk dimakan di Hotel nanti.

Kami check in di Hotel pukul 3.30 ptg dan pada perancangannya nak pergi ke Zoo selepas hantar barang ke hotel tetapi apabila anak-anakku terpandangkan kolam renang di hotel semuanya tak sabar-sabar nak mandi jadi rancangan nak ke Zoo cancel. Pada keesokkan paginya selepas breakfast aku membeli roti canai anak-anakku yg tidak dapat breakfast di hotel. Selepas sarapan anak-anakku seperti biasa tidak mahu melepaskan peluang untuk mandi di kolam lagi tapi aku malas nak turun mandi dan aku memberi masa 2 jam kepada mereka untuk mandi dan aku pula apalagi meneruskan aktiviti kegemaranku iaitu tiduuuuur.........

Pukul 11 pagi aku pun mengemaskan semua barang-barangku kerana nak checkout pukul 12. Selesai semua kami pun checkout dan berangkat ke Zoo Melaka. Bayaran ynag dikenakan untuk dewasa RM7 dan kanak-kanak RM4. Dalam zoo kami menaiki train mengelilingi zoo dan bayarannya RM2 dewasa dan RM1 untuk kanak-kanak. Setelah habis menaiki train aku berjalan-jalan bersama anak-anakku sambil bergambar tapi kakakku dah tak larat dan dia berehat di bangku A&W. Aku dan anak-anak bergambar dengan gajah dan dikenakan bayaran sebanyak RM10. Setelah penat berjalan-jalan di dalam zoo kami keletihan dan berangkat pulang. Kononnya selepas ke Zoo nak pergi mini Malaysia dan Taman Asean tetapi oleh kerana kepenatan semuanya cancel dan kamipun terus pulang ke rumah........