Tuesday, July 21, 2009

Selamat Harijadi Along

Hari ini tanggal 21 Julai 2009 genaplah umur Along 12 tahun. Along terlalu gembira untuk meraikan harijadinya sampai hari2 dia bertanya padaku bulan tujuh ni ada apa ya mak. Hari ini aku telah membelikan dia sebiji kek coklat(tak berapa besar sebab dah hujung bulan) tapi cukuplah untuk kami bertujuh. Aku bertanya padanya apa hadiah yang dia hendak, dan jawabnya apa-apa ajelah mak. Along memang anak aku yang tak banyak kerenah dan jarang nak meminta apa saja yang kita bagi dia akan terima. Tapi aku belum lagi beli hadiah untuk dia sebab almaklumlah belum gaji lagi . Nanti dah ada duit aku belilah dan hadiahnya 'rahsia'.......



Along bersama keknya sambil diperhatikan oleh adik-adiknya






1 comment:

khamsiah said...

Dah beli kerusi baru ker