Ikan ku bersama-sama anak-anak kecilnya (dah arwah)
Tengok betul-betul baru nampak sebab kamera aku tak berapa canggih
Nampak tak anak-anak ikan aku
Tengok betul-betul baru nampak sebab kamera aku tak berapa canggih
Nampak tak anak-anak ikan aku
Haritu bila aku balik dari kerja seperti biasa aku akan bagi makan ikan aku dulu. Aku betul-betul terkejut sebab aku tengok salah seekor ikan cichild (mungkin salah eja kot tapi bunyinya mcm nilah lebih kurang) dah dikelilingi dengan beratus2 anak-anak ikan kecil macam berudu. Ohhhh gembiranya aku tak dapat nak cerita kerana ikan aku dah beranak ( beranak ke bertelur ha?). Aku perhatikan ibu ikan aku begitu setia menjaga anak-anaknya manakala bapanya pula sibuk menghalau ikan2 yang lain yang cuba mendekati anak2 dan isterinya( ikan kita panggil isteri ke he hehe) Ikan pun pandai sayangkan anak2nya kan kenapalah ada manusia yang tak sayangkan anak ya...
Hari-hari aku akan perhatikan gelagat anak-anak ikan ini bersama ibu dan bapanya begitu tenangnya aku melihat ikan-ikan ini. Menurut kakak ku ikan ini patut dialihkan sebab takut anak2nya akan dimakan oleh bapanya atau ikan2 yang lain tapi sebab aku tiada akuarium yang lain untuk menempatkan anak2 ikan ini aku tidak mengalihkannya. Pada satu hari seperti biasa selepas pulang dari kerja aku akan pergi melihat ikan aku namun alangkah sedihnya hati aku kerana semua anak2 ikan aku sudah tiada lagi mungkin telah di makan. Aku cukup2 kecewa dan menyesal kerana tidak dapat menyelamatkan anak2 ikan ini. Nak buat macam mana mungkin tak ada rezeki akulah agaknya ya. Tapi kata orang kalau ada rezeki tak kemana ya, tak beberapa hari kemudian sekali lagi hatiku melonjak gembira kerana sekali lagi ikan aku melahirkan anak. Kali ini aku tak nak lagi pisang berbuah dua kali dan aku pun mengajak suamiku membeli sebuah akuarium kecil. Aku telah mengalihkan semua anak2 ikan kecilku kedalam akuarium kecil yang baru dibeli. Dan kini anak2 ikan serta ayah dan ibunya selamat didalam akuarium yang baru. Sehingga kini anak-anak ikan itu masih ada dan aku berdoa agar semuanya akan kekal sampai dia besar.......Amin.
No comments:
Post a Comment