Monday, April 20, 2009

Hari sukan Taska dan Tadika Mahkota Idaman

Aku,Eisya dan Irfan di hari sukan
Pada hari Ahad 19hb. April 2009, Tadika dan Taska Mahkota Idaman telah mengadakan hari sukan kali yang ke 9 di Padang Sekolah Kebangsaan Puncak Alam 2. So biasalah kalau ada sukan maka keesokannya harinya adalah cuti maka aku pun terpaksalah bercuti dan oleh kerana cuti aku dah habis tak da gajilah aku hari ni.

Eisya masuk acara lari dalam guni sambil bawak bola pingpong dalam sudu


Eisya dapat no. 2 bersama hadiah yang dimenanginya.

Ana masuk acara itik bertelur tapi telur Ana tak nak keluar, so tak dapat apa-apalah dia.

Ana masuk acara cari benda, ni pun dia kalah jugak, apalah kehidupan Ana ni.
Izza masuk acara meniup belon, dia dapat no. 2, oklah tu.

Izza tengah sibuk meniup belon sampai pecah.

Firdaus masuk acara susun piramid, menang dapat no. 2


Irfan bersama pingat yang dimenanginya.

Irfan masuk acara mengutip barang mainan, Irfan tengah mengutip barang mainan


Irfan digarisan permulaan.

Firdaus masuk acara menari pom-pom di padang
Papan tanda nama untuk taska fasa 2, dapat no 3 untuk peraduan sepanduk tercantik.

Firdaus menanti giliran untuk menari

Firdaus beratur di barisan
Irfan bersama guru-guru dan kawan-kawan setaska.





Irfan dan kawan-kawannya beratur.

No comments: