Tangan Fir yang dah berbentuk U
Mak A n Mak B
Sebelum tu Along dan Firdaus bermain lawan-lawan atas katil di hotel. Dah puas aku dan Mak Lang menegahnya tapi diorang masih jugak nak berlawan macam dalam tape smack down. Tiba-tiba Firdaus aje menjerit memanggil aku melihat tangannya yang dah bengkuk. Nasib baiklah aku tak panik masa tu walaupun jantung ni berdebar kencang, Mak Lang jangan cakaplah dah panik habis. Setelah aku urut tak menjadi aku pun telefon Kak Yon nak ajak dia bawa Firdaus pergi klinik.
Firdaus dengan tangan yang sudah bersimen
Firdaus dengan tangan yang sudah bersimen
Tanpa membuang masa lagi kami pun segera mencari klinik yang terdekat, masa tu dalam lingkungan pukul 11 pagi. Kebanyakan klinik semuanya tutup sebab hari tu Hari jadi Agung. Nasib baiklah ada satu klinik cina yang buka tapi doktor cina tu tak boleh buat apa2 dan dia suruh aku pergi ke hospital. Kak Yon mencadangkan agar aku membawa Fir ke Hospital Jitra dan tanpa membuang masa kami pun bertolak ke Jitra.
Hampir 5 jam barulah tangan Fir selesai di simen. Sebenarnya nak simen tangan Fir tu sekejap aje tapi masa menunggu tu lebih lama, biasalah hospital kerajaan. Bagusnya tiada satu sen pun bayaran dikenakan.Setelah selesai x ray dan simen tangan Fir lebih kurang pukul 5 barulah kami dapat pergi makan kenduri rumah Saiful. Nasib baiklah kenduri dekat kampung kalau dekat KL dah jadi lebai malang dah. Disini aku nak ucapkan berbanyak terimakasihlah dekat Kak Yon dan Kak Naza ataupun Irfan panggil diorang Mak A dan Mak B kerana banyak membantu aku.
2 comments:
Teringin nak naik burung unta ke....
takutlah.... akak sebab dia suka menyondol
Post a Comment