Tuesday, June 9, 2009

Cuti sekolah dan orang kahwin

Pada 30 Mei bermulalah cuti sekolah selama 2 minggu. Pada kebiasaannya di musim cuti sekolah ini maka banyaklah orang kahwin. Kawan2 aku pun banyak yang berkahwin di cuti sekolah ini dan diantaranya ialah Saiful, Rosman, Amri dan lain2. Kawanku Kak Yon dan Kak Naza bercadang nak pergi ke kenduri kahwin Saiful di Jitra, Kedah. Oleh kerana pada hari Jumaat 5/6 kilang kami bercuti sempena Harijadi Agung aku pun bersetuju nak ikut Kak Yon pergi bercuti di Kedah sambil membawa anak2 aku berjalan.

Kawanku Saiful n isterinya

Ana bergambar didepan pelamin Saiful

Mak Lang termenung memikirkan nak pergi mana lepas ni.....

Seperti biasa aku akan ajak Kakakku Nurhanim untuk menemankan aku dan anak2. Disamping dia boleh menemankan aku semasa memandu dan menjaga anak2ku dia juga selalu berkongsi perbelanjaan semasa kami bercuti. Terimakasih Mak Lang.



Eisya jadi pesawah


Along jadi Pak Tani

Izza nak jadi pak tani jugak

Along n Eisya di muzium padi

Anak-anakku di replika menara Alor Setar

Diantara tempat-tempat yang sempat dilawati di Kedah adalah Muzium padi,Gunung Keriang, menara Alor Setar, ladang burung unta, Pekan Rabu,Padang Besar dan ladang tebu terbesar di Chuping. Kami tidur di Hotel Seri Malaysia 2 malam dan Hotel Star City 1 malam.

Replika Menara Alor Setar

Along atas Menara Alor Setar

Eisya berposing di depan Menara Alor Setar

Aku n anak2 bergambar di ladang burung unta
Di ladang burung unta

Along, Izza n Eisya

Eisya dan burung unta

Irfan, Eisya n Ana

Along n Irfan depan Hotel Malaysia

Azrin, Kak Naza
(Mak B) n Kak Yon(Mak A) di kenduri Saiful

Aku, Along n Irfan di Muzium padi

Muzium padi

Aku dan anak2 di muzium padi
Pada hari pertama sampai di Kedah iaitu hari Jumaat bersamaan dengan 4/6/2009 kami pergi ke Muzium padi dan Gunung Keriang. Sesampainya di muzium padi kami tak dapat masuk kerana tutup sebab orang pergi sembahyang Jumaat. Jam waktu itu baru pukul 1.30. So untuk menanti sampai pukul 2.30 kami pergi ke Gunung Keriang. Di Gunung Keriang terdapat gerai2 menjual batu kristal, tapi aku tak beli sebab tak minat. Mula2 aku ingatkan ada jual bunga kristal , rupa-rupanya jual batu kristal yang mcm batu garam tu.... Selepas cuci mata tengok gerai batu kristal kami pergi makan bekalan yang aku bawa dari rumah. Selepas makan kami berangkat ke Muzium padi.


Eisya n Along berlatarbelakangkan Gunung Keriang
Eisya bergambar berlatarbelakangkan sawah padi

Di muzium padi kita dapat menyaksikan betapa indahnya lukisan yang dilukis oleh pelukis2 seperti kita berada di Menara Alor Setar dimana kita dapat melihat pemandangan di Alor Setar,memang cantik dan macam real betul terpukau aku dibuatnya.


Fir, Ana n Eisya

Eisya berposing

No comments: