Friday, January 30, 2009

Terkenang di hari persandinganku







Terkenang semasa dulu







































EMAK DULU DAN SEKARANG

Emak dulu
Emak sekarang

Masa berubah kita pun berubah.
Kalau tengok sedihnya.....Entah macamana ya bila kita tua esok.

DULU DAN SEKARANG 2

Hafiz masa kecil dan besar








Hamimah masa kecil kurus dan cute dah besar
tembam dan semangatnya.




DULU DAN SEKARANG








Sedang aku mengemaskinikan album gambar lamaku tiba-tiba terlintas di fikiranku untuk memaparkan gambar-gambar lama di ruangan ini.

Anak buahku Anoi masa kecil dan sekarang dah besar panjang n dah kahwin pun
























Anak buahku Tuah (baby kanan) dulu dan sekarang dah boleh kahwin.....


Wednesday, January 28, 2009

Aktiviti di cuti yang panjang




Dalam zaman ekonomi global yang merundum ini aku juga terkena tempiasnya.Kilang tempat aku bekerja telah mengistiharkan shutdown selama 5 hari dalam quarter 1. Selepas Tahun Baru Cina ini kami digalakkan mengambil cuti walaupun cuti dah tak ada. Jadi apa lagi unpaid leavelah. Aku mula bercuti dari 24.1 hingga 3.2 iaitu selama 11 hari. Dalam jangka waktu ini banyak benda yang boleh aku lakukan walaupun ada diantara kawan-kawanku yang boring utk menghabiskan waktu di rumah. Namun bagi aku banyak yang dapat aku lakukan. Aku telah merancang untuk menghabiskan cutiku dengan mengemaskini semua stok kain-kain yg aku tak sempat jahit dan bercucuk tanam di laman rumahku yg sekangkang kera tu. Disamping itu aku dapatlah mengemas rumahku dengan lebih kemas lagi almaklumlah bagi orang yang bekerja seperti aku ni memang tak cukup masa dapat kemas yg seadanya pun dah kira ok. Pada hari raya cina yg kedua aku telah menjahit batang bantal untuk sarung kusyen yang suamiku beli dari Arab. Sebenarnya aku minta padanya utk menggantikan sofa aku yang telah koyak tapi dibelinya sarung kusyen Arab. Katanya orang arab tak pakai sofa tapi duduk atas kusyen tu, so alang-alang dah duduk kat negara Arab kita jadilah mcm orang Arab kata suamiku. Ibuku pernah berpesan apabila suami kita belikan apa-apa kita harus terima yang seadanya dengan gembira. So dengan gembiranya aku pun jahitlah batang bantal utk kusyen tu. Oleh kerana ianya terlalu panjang (80inci) habis semua kekabu yang aku beli di Taiping haritu jadi aku tidak dapat membuat batang bantal utk sarung kusyen yg lain. Nak tengok kusyennya maka tengoklaaah..........panjangkan.

Tuesday, January 27, 2009

Akuarium dan komputer

Printer Canon MP145 ku yang baru

Komputerku yang baru model HP Pavillion


Akuarium kebanggaanku


Cita-citaku nak punya akuarium dan komputer dah tercapai. Baru-baru ini kakakku menyuruhku mengambil akuarium di rumah abangku di Kinrara. Betapa gembiranya hatiku lalu aku dan suamiku mengambil akuarium itu dan membeli berbagai jenis ikan di Jalan Pasar. Diantara ikan -ikan itu adalah ikan gapi, tiger fish hitam dan merah, ikan bandaraya dan lain2 yg aku pun dah terlupa namanya. Ada lebih kurang 30 ekor semuanya. Malangnya ikan gapi aku semua mati tersangkut dekat motor angin.
Aku juga ingin mempunyai komputer sendiri supaya aku boleh buat blog aku sendiri. Akhirnya cita-cita aku tercapai dan tanggal 8.1.2009 aku berjaya mempunyai sebuah komputer walaupun ada sedikit kontroversi sikit masa nak beli komputer ni. Tanggal 13.1.2009 aku beli sebuah printer Canon MP145 di Digital Mall. Pada 25.1.2009 streamyx aku dipasang oleh Epi n Shamsul dan mulai detik dan saat ini maka bermulalah era internet dalam rumahku. Aku dah pandai YM dengan suami dan kawan-kawanku.