Dalam zaman ekonomi global yang merundum ini aku juga terkena tempiasnya.Kilang tempat aku bekerja telah mengistiharkan shutdown selama 5 hari dalam quarter 1. Selepas Tahun Baru Cina ini kami digalakkan mengambil cuti walaupun cuti dah tak ada. Jadi apa lagi unpaid leavelah. Aku mula bercuti dari 24.1 hingga 3.2 iaitu selama 11 hari. Dalam jangka waktu ini banyak benda yang boleh aku lakukan walaupun ada diantara kawan-kawanku yang boring utk menghabiskan waktu di rumah. Namun bagi aku banyak yang dapat aku lakukan. Aku telah merancang untuk menghabiskan cutiku dengan mengemaskini semua stok kain-kain yg aku tak sempat jahit dan bercucuk tanam di laman rumahku yg sekangkang kera tu. Disamping itu aku dapatlah mengemas rumahku dengan lebih kemas lagi almaklumlah bagi orang yang bekerja seperti aku ni memang tak cukup masa dapat kemas yg seadanya pun dah kira ok. Pada hari raya cina yg kedua aku telah menjahit batang bantal untuk sarung kusyen yang suamiku beli dari Arab. Sebenarnya aku minta padanya utk menggantikan sofa aku yang telah koyak tapi dibelinya sarung kusyen Arab. Katanya orang arab tak pakai sofa tapi duduk atas kusyen tu, so alang-alang dah duduk kat negara Arab kita jadilah mcm orang Arab kata suamiku. Ibuku pernah berpesan apabila suami kita belikan apa-apa kita harus terima yang seadanya dengan gembira. So dengan gembiranya aku pun jahitlah batang bantal utk kusyen tu. Oleh kerana ianya terlalu panjang (80inci) habis semua kekabu yang aku beli di Taiping haritu jadi aku tidak dapat membuat batang bantal utk sarung kusyen yg lain. Nak tengok kusyennya maka tengoklaaah..........panjangkan.
Musim Sejuk menjengah kembali
3 years ago
1 comment:
hahahaha.. pandai laki nko.. takyah bawak bantal banyak2 kalau nak tido kat depan tu.. satu bantal bole kongsi 6 orang......... takde la bersepah ngan bantal2 lagik....
Post a Comment