Monday, April 20, 2009

Hari sukan Taska dan Tadika Mahkota Idaman

Aku,Eisya dan Irfan di hari sukan
Pada hari Ahad 19hb. April 2009, Tadika dan Taska Mahkota Idaman telah mengadakan hari sukan kali yang ke 9 di Padang Sekolah Kebangsaan Puncak Alam 2. So biasalah kalau ada sukan maka keesokannya harinya adalah cuti maka aku pun terpaksalah bercuti dan oleh kerana cuti aku dah habis tak da gajilah aku hari ni.

Eisya masuk acara lari dalam guni sambil bawak bola pingpong dalam sudu


Eisya dapat no. 2 bersama hadiah yang dimenanginya.

Ana masuk acara itik bertelur tapi telur Ana tak nak keluar, so tak dapat apa-apalah dia.

Ana masuk acara cari benda, ni pun dia kalah jugak, apalah kehidupan Ana ni.
Izza masuk acara meniup belon, dia dapat no. 2, oklah tu.

Izza tengah sibuk meniup belon sampai pecah.

Firdaus masuk acara susun piramid, menang dapat no. 2


Irfan bersama pingat yang dimenanginya.

Irfan masuk acara mengutip barang mainan, Irfan tengah mengutip barang mainan


Irfan digarisan permulaan.

Firdaus masuk acara menari pom-pom di padang
Papan tanda nama untuk taska fasa 2, dapat no 3 untuk peraduan sepanduk tercantik.

Firdaus menanti giliran untuk menari

Firdaus beratur di barisan
Irfan bersama guru-guru dan kawan-kawan setaska.





Irfan dan kawan-kawannya beratur.

Jalan-jalan cari makan


Izza bergambar didepan restoran chop n stick di Kampung Baru

Seperti biasa kalau suamiku pulang bercuti, anak-anakku mesti mengajak suamiku jalan-jalan cari makan. Tempat yang mesti kami pergi adalah di chop n stick house dekat Kampung Baru. Harga steak disini tidaklah mahal sangat dan sesiapa pun boleh makan dan rasanya pun sedap.

Suamiku pun seperti biasa suka makan lamp chop

Tengah sibuk memotong fish n chip Aus



Biasanya bila makan disini Along mesti order chicken chop tapi kali ini dia order sizzling chicken tapi bila order sampai nasi ayam sizzling pulak yang datang, aku pun tak pahamlah lain yang diorder lain pulak yg sampai.

Sizzling chicken yang Along order, ada nasilah pulak. Along terus muncung dan terpaksalah kena order chicken chop.

Eisya seperti biasa suka order morocco chicken rice.

Ini sizzling steak aku punya, Along ingat sizzling chicken pun mcm ni tapi yg sampai lain pulak

Ini fish n chip Aus n Izza order

Tuesday, April 7, 2009

Kisah ikan aku


Ikan ku bersama-sama anak-anak kecilnya (dah arwah)
Tengok betul-betul baru nampak sebab kamera aku tak berapa canggih

Nampak tak anak-anak ikan aku

Haritu bila aku balik dari kerja seperti biasa aku akan bagi makan ikan aku dulu. Aku betul-betul terkejut sebab aku tengok salah seekor ikan cichild (mungkin salah eja kot tapi bunyinya mcm nilah lebih kurang) dah dikelilingi dengan beratus2 anak-anak ikan kecil macam berudu. Ohhhh gembiranya aku tak dapat nak cerita kerana ikan aku dah beranak ( beranak ke bertelur ha?). Aku perhatikan ibu ikan aku begitu setia menjaga anak-anaknya manakala bapanya pula sibuk menghalau ikan2 yang lain yang cuba mendekati anak2 dan isterinya( ikan kita panggil isteri ke he hehe) Ikan pun pandai sayangkan anak2nya kan kenapalah ada manusia yang tak sayangkan anak ya...
Hari-hari aku akan perhatikan gelagat anak-anak ikan ini bersama ibu dan bapanya begitu tenangnya aku melihat ikan-ikan ini. Menurut kakak ku ikan ini patut dialihkan sebab takut anak2nya akan dimakan oleh bapanya atau ikan2 yang lain tapi sebab aku tiada akuarium yang lain untuk menempatkan anak2 ikan ini aku tidak mengalihkannya. Pada satu hari seperti biasa selepas pulang dari kerja aku akan pergi melihat ikan aku namun alangkah sedihnya hati aku kerana semua anak2 ikan aku sudah tiada lagi mungkin telah di makan. Aku cukup2 kecewa dan menyesal kerana tidak dapat menyelamatkan anak2 ikan ini. Nak buat macam mana mungkin tak ada rezeki akulah agaknya ya. Tapi kata orang kalau ada rezeki tak kemana ya, tak beberapa hari kemudian sekali lagi hatiku melonjak gembira kerana sekali lagi ikan aku melahirkan anak. Kali ini aku tak nak lagi pisang berbuah dua kali dan aku pun mengajak suamiku membeli sebuah akuarium kecil. Aku telah mengalihkan semua anak2 ikan kecilku kedalam akuarium kecil yang baru dibeli. Dan kini anak2 ikan serta ayah dan ibunya selamat didalam akuarium yang baru. Sehingga kini anak-anak ikan itu masih ada dan aku berdoa agar semuanya akan kekal sampai dia besar.......Amin.


Ibu, bapa dan anak-anak ikan di rumah baru mereka

Anak-anak ikan tak nampak dalam gambar sebab kecil sangat

Ibu kepada anak-anak ikanku

Teringin nak makan sagun



Tiba-tiba aje tekak ni nak makan sagun. Mungkin ada yang tak tahu apa itu sagun. Sagun dibuat dari tepung beras, gula dan kelapa. Bahan2nya taklah banyak dan murah pulak tu namun nak membuatnya mengambil masa sedikit. Rasanya pun sedap tapi kalau orang tak suka mungkin tak sedap kot. Masa makan sagun ni kita tak boleh bercakap sebab kalau kita bercakap nanti akan bersemburlah pulak....Jadi aku pun buatlah sagun ni. Mula-mula tepung beras kenalah goreng dulu sampai ringan dan nak tahu dia dah masak ke belum baunya wangi dan bila kita masuk sikit dalam mulut dia akan hilang dengan sendirinya. Lepas tu gorenglah kelapa tanpa minyak sampai dia garing. Setelah kelapa dah masak barulah tepung yang kita goreng tadi kita campurkan dan masukkan gula secukup rasa. Maka jadilah sagun dan kalau nak senang untuk dimakan kita gulung kertas macam India jual kacang putih tu.. lepas tu masukkan sagun dlm kertas gulung tadi. Maka siaplah sagun aku....

Monday, March 9, 2009

Maulidur Rasul dan Selamat Harijadi Irfan

Selamat Harijadi Irfan

Gembiranya Irfan tak sabar2 nak potong kek



Hari ini tanggal 12 Rabiul Awal adalah hari memperingati junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w dan pada hari ini juga pada tahun 1427 H lahirlah seorang bayi yang comel dan ianya pun dinamakan Muhammad Irfan (Maulud). Muhammad Irfan adalah anak keenam aku. Hari ni merupakan harijadinya yang ke 3. Aku membelikannya sebiji kek coklat dan kami anak beranak merayakan harijadi Irfan dekat Tiara Beach Resort.

Irfan dengan hadiah yang diberikan oleh Mak Lang atau Irfan panggil Balang

Irfan membuka hadiahnya


Sebiji kereta berwarna merah hadiah dari Mak Lang

Bercuti di Tiara Beach Resort

Bergambar bersama anak2 di sign board Tiara Beach Resort

Pada hari Sabtu 7hb Mac 2009 bersamaan dengan 10 RabiulAwal 1430H aku sekali lagi pergi bercuti di Tiara Beach Resort. Biasalah seperti biasa aku pergi dengan kakakku Memeng dan anak-anakku. Kami menyewa bilik D-3-33 selama 3 hari 2 malam dan bayaran yang dikenakan adalah sebanyak RM250. Aku hanya bayar RM125 aje sebab kongsi dgn kakak aku. Kalau dah bercuti di Tiara ni tiadalah lain aktiviti anak-anakku selain dari mandi. Bayangkan dari jam 8 pagi mereka turun mandi kul 1 tengahari baru naik, lepas makan kul 3 turun balik sampai kul 7ptg baru naik. Semuanya dah macam dodol kalau jumpa tepi jalan mesti orang ingat anak India hehehe....dan aku seperti biasa menghabiskan masa dgn hobi lama aku iaitu tidurrrrrr..........



Irfan tak padan dgn kecik dialah yg paling gembira
Irfan ditanam dgn pasir oleh kakak-kakaknya
Irfan, Eisya, Ana n Izza

Tengah asyik bermain pasir

Eisya menggelunsur di Gelunggur Badak

Gembiranya anak-anakku bermain gelungsur

Bermain di kolam kanak2

Ehhhhmm seronoknya
Irfan n Eisya tgh berposing

Eisya n Izza berposing