Tuesday, April 7, 2009

Teringin nak makan sagun



Tiba-tiba aje tekak ni nak makan sagun. Mungkin ada yang tak tahu apa itu sagun. Sagun dibuat dari tepung beras, gula dan kelapa. Bahan2nya taklah banyak dan murah pulak tu namun nak membuatnya mengambil masa sedikit. Rasanya pun sedap tapi kalau orang tak suka mungkin tak sedap kot. Masa makan sagun ni kita tak boleh bercakap sebab kalau kita bercakap nanti akan bersemburlah pulak....Jadi aku pun buatlah sagun ni. Mula-mula tepung beras kenalah goreng dulu sampai ringan dan nak tahu dia dah masak ke belum baunya wangi dan bila kita masuk sikit dalam mulut dia akan hilang dengan sendirinya. Lepas tu gorenglah kelapa tanpa minyak sampai dia garing. Setelah kelapa dah masak barulah tepung yang kita goreng tadi kita campurkan dan masukkan gula secukup rasa. Maka jadilah sagun dan kalau nak senang untuk dimakan kita gulung kertas macam India jual kacang putih tu.. lepas tu masukkan sagun dlm kertas gulung tadi. Maka siaplah sagun aku....

3 comments:

pilihanrayaumum said...

Wah pandai rupanya Puan Salbiah membuat Bubur Sagun. Saya ni tinggal di Pasir Mas, Kelantan baru aje menjadi 'Follower' Blog Puan Salbiah beberapa minit yg lalu. Di tempat saya kalau nak makan bubur sagun tak jadi masalah sebab masakan tu ade dijual setiap hari di daerah Lemal Pasir Mas.

Saya sebenarnya ada hajat nak bertanya dengan Puan Salbiah nie. Ianya berkaitan dengan koleksi vcd yg dipunyai oleh tuan punya blog Kencanasari- Masmerah. Saya sebenarnya berminat nak beli beberapa salinan darinya dan pernah menghantar komen di blog Masmerah tetapi setakat ini tiada respon lagi.

Adakah puan mempunyai nombor kontek ataupun alamat email masmerah yang boleh dihubungi. saya amat berbesar hati dan berterima kasih setinggi langit kiranya puan dapat membantu dalam hal ini.

Wassalam

pilihanrayaumum said...

Sekiranya Puan ada nombor kontek atau alamat email Masmerah untuk dihubungi harap dapat bagitau saya di tunasharapan1@gmail.com

Terima kasih, wassalama

Sally@Acik said...

Hi pilihanrayaumum, tq kerana sudi membaca blog ini, saya ada hantar email pada anda dan sertakan bersama email kencanasari dan anda boleh hubungi melalui email.